- Menyaring profil pesakit dan meluluskan semua permohonan dan bekalan ubat-ubatan kepada wad dan unit-unit pemesan
- Menyaring profil pesakit bagi bekalan ‘unit of use’ untuk memastikan permohonan ubat adalah rasional dan pembekalan ubat dibuat tepat
- Membekalkan Dadah Berbahaya Dan Bahan Psikotropik Ke Wad Dan Unit-unit
- Melakukan pemeriksaan wad-wad dan unit-unit pemesan mengikut jadual yang ditetapkan
- Memberi khidmat kaunseling kepada pesakit-pesakit di wad
Pendispensan Discaj
- Pendispensan discaj adalah pendispensan ubat-ubatan kepada pesakit dalam wad dan dilakukan di sisi katil pesakit
- Pendispensan discaj dilakukan di wad-wad yang ada Pegawai Farmasi Klinikal yang mana mereka akan membuat ‘Transcribing Prescription’ pesakit discaj
- Setiap preskripsi akan diambil oleh PRP (Provisionally Registered Pharmacist) dari setiap wad pada pukul 2 - 2.30petang
- Selepas itu, setiap preskripsi akan disaring dan dilakukan pengisian ubat-ubatan dan akan disemak silang oleh Pegawai Farmasi
- Ubat yang telah siap akan didispens kepada pesakit dalam wad oleh PRP dan diiringi oleh Pegawai Farmasi tersebut
No comments:
Post a Comment