Tuesday, December 22, 2009
PERKHIDMATAN FARMAKOKINETIK KLINIKAL
- mengukur kepekatan paras serum ubat dalam darah
- memberikan maklumat yang tepat dalam aspek keselamatan & efikasi terapi
- meminimakan risiko ketoksikan
- membantu dalam pengubahsuaian regimen dos pesakit dalam meningkatkan kesan farmakologi drug yang diingini
- penting bagi drug yang berjulat terapeutik rendah seperti digoxin dan aminoglikosid
Lokasi:
Unit TDM ialah di Satelit 1 Aras 1, berhampiran dengan Wad 1-1 dan Wad 1-2.
Masa operasi:
Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 5.00 petang
Sabtu & Ahad: 11.00 pagi – 4.00 petang
Selepas waktu pejabat: Kes kecemasan dan keracunan sahaja
FARMASI PESAKIT DALAM, HOSPITAL MELAKA
- Menyaring profil pesakit dan meluluskan semua permohonan dan bekalan ubat-ubatan kepada wad dan unit-unit pemesan
- Menyaring profil pesakit bagi bekalan ‘unit of use’ untuk memastikan permohonan ubat adalah rasional dan pembekalan ubat dibuat tepat
- Membekalkan Dadah Berbahaya Dan Bahan Psikotropik Ke Wad Dan Unit-unit
- Melakukan pemeriksaan wad-wad dan unit-unit pemesan mengikut jadual yang ditetapkan
- Memberi khidmat kaunseling kepada pesakit-pesakit di wad
Pendispensan Discaj
- Pendispensan discaj adalah pendispensan ubat-ubatan kepada pesakit dalam wad dan dilakukan di sisi katil pesakit
- Pendispensan discaj dilakukan di wad-wad yang ada Pegawai Farmasi Klinikal yang mana mereka akan membuat ‘Transcribing Prescription’ pesakit discaj
- Setiap preskripsi akan diambil oleh PRP (Provisionally Registered Pharmacist) dari setiap wad pada pukul 2 - 2.30petang
- Selepas itu, setiap preskripsi akan disaring dan dilakukan pengisian ubat-ubatan dan akan disemak silang oleh Pegawai Farmasi
- Ubat yang telah siap akan didispens kepada pesakit dalam wad oleh PRP dan diiringi oleh Pegawai Farmasi tersebut
UNIT-UNIT DI FARMASI HOSPITAL MELAKA
Antara unit-unit yang terdapat di Farmasi Hospital Melaka ialah:
1.) Farmasi Klinik Pakar
2.) Farmasi Pesakit Dalam
3.) Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal
4.) Unit Nutrisi Parenteral
5.) Unit Rekonstitusi Ubat Sitotoksik
6.) Pengeluaran Pukal
7.) Perkhidmatan Maklumat Racun dan Ubat
8.) Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC)
9.) Farmasi Wad/Klinikal
10.) Klinik Methadone
11.) Farmasi Unit Kecemasan dan Trauma
12.) Stor Perubatan
Subscribe to:
Posts (Atom)